Khalis Imran :: Sebuah Kisah Kehidupan ::

Wednesday, October 14, 2009

Selamat Hari Raya!


Selamat hari raya maaf zahir dan batin!

Rasanya still belum terlambat untuk aku ucapkan pada semua orang yang aku kenal termasuk kawan-kawan kat SDBL, Teknik BP, UTHM, Nelton, SAF-Oerlikon dan juga PLM. Hampir genap setahun aku menyepi dari dunia blogger. Biasalah la sibuk mencari rezeki sampai tak ada masa. Tahun nie raya yang pertama aku sebagai seorang suami. Tapi aku bernasib baik coz parents aku stay kat BP dan mentua aku pun balik rumah parents diorang kat BP gak walaupun rumah diorang kat KL.

Cuma yang aku tak berapa best nak beraya coz dapat tau berita beberapa minggu before raya yang rumah Arwah Tok Ayah kat Kelantan nak dirobohkan. Apa hal? Katanya nak tukar ke rumah batu yang keras kebatung. Kalau betul la rumah lama tue dah season, tukar la apa yang patut tanpa sentuh bentuk asal. Aku bukannya tak suka rumah batu. Tapi rumah lama tue la yang ada 1001 kenangan aku dengan Arwah Tok Ayah. Kat situ la aku dilahirkan. Kat situ la aku membesar dari setahun ke setahun sampai umur aku sekarang nie. So, bila Umi ajak aku balik sana, aku create macam-macam alasan la. Mungkin aku takkan balik dah ke Kelantan. Mungkin satu hari nanti anak aku cuma tahu yang aku nie keturunan Kelantan, tapi tak pernah ke sana. Memang tak dinafikan aku sayang pada Tok Mek aku lagi. Masih sihat walafiat. Aku tetap kirim kuih raya walaupun tak balik. Tapi... Kita nie "kanak-kanak". Tak layak nak campur urusan orang tua.

Aku bukannya nak buka pekung sendiri tapi kadang-kala nak juga lepaskan semua yang ada kat kepala nie. Pening bila fikir semua tue. Aku bukannya membesar dalam keluarga yang pecah belah. Aku ada memory yang sangat best waktu kanak-kanak. Dulu sebelum raya, Tok Mek akan buat kuih raya sama-sama kat dapur bawah. Arwah Tok Ayah akan buat ketupat daun palas. Pastu pagi raya akan makan macam-macam sebelum pergi sembahyang raya. Paling best time nak kutip duit raya dari pakcik makcik. Tapi sayang, pecah belah bila ada yang jadi batu api. Ada juga api dalam sekam. Takpun gunting dalam lipatan. Sepupu tersayang! Cuba ingat kembali kenapa benda macam nie berlaku? Mungkin ada yang buat-buat tak tahu. Aku dah cuba untuk buat tak faham masalah yang selalu timbul. Bagi aku sepupu pun macam adik beradik aku juga. Aku membesar sekali dengan Kak Long, Abang An, Ngah, Yong dan Nana. Main masak-masak kat belakang rumah, naik basikal ke padang belakang dll. Tapi sekarang aku dah letih dengan perangai hipokrit sorang-sorang bila timbul masalah yang sendiri create. Benda macam tue la yang korang selalu buat. Masing-masing ada diploma ijazah takkan tak boleh settle kot!

Pada makcik pakcik aku memang takde apa aku boleh kata. Silap kata memang habis kena ganyang. Aku nie title sebagai anak sedara sentiasa kena "mengalah". Diorang semua bekerjaya dan boleh fikir secara logik mana yang betul atau salah. Takde satu jari yang mampu aku tunding kalau ada berlaku satu masalah. Cuma ada sorang je yang tak mungkin aku maafkan sampai bila-bila yang juga punca bagi semua pecah-belah nie. Tak payah aku tulis nama dia sebab dia pun serba "besar" untuk fikir sendiri. Semua memory ngeri tue aku dah simpan dalam satu tempat kat hati aku. Tak mungkin dapat padam dengan mudahnya. Dah taknak fikirkan!

Sekarang aku cuma tumpukan hidup aku dengan wife dan juga keluarga aku. Kalau ada saudara mara yang datang, aku takde masalah untuk melayan korang sebagai seorang tetamu. Tapi untuk menjadi mesra macam dulu aku rasa memang susah sikit la. Sebelum aku ending post nie, lagi sekali aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin".


Happy family di pagi raya cuma Kak Long takde



Bersama Umi dan Abah before minta maaf



Ona first time beraya bersama Umi Abah



First time beraya sebagai suami isteri


P/S: Raya tahun nie budget ada banyak sikit!

Labels:

Monday, August 11, 2008

Wedding Invitation!



Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

"Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemugarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya"

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh...
Amin..!

Untuk isteri, renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa...
Apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

"Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya"

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah...
Amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Labels:

Tuesday, May 27, 2008

Lepak Teluk Chempedak!

Actually pic nie aku ambil masa majlis kahwin sambut menantu Kak Long kat Kuantan last month. Aku pergi Teluk Chempedak (TC) nie dengan tunang aku, Ona dan adik dia, Hanem. Busy, pening dan malas nak melayan kerenah Photo Bucket yang asyik stuck je, so aku asyik delay nak post. Memang best lepak kat situ sebenarnya walaupun pantai mana-mana pun sama. Okeh la, just tengok je la pic nie. Malas nak tulis banyak-banyak. Tengah kering idea nak update. Hahahaha!


Bersama Ona kat jambatan apa tah!



Lawa kan pantai kat situ



Same background cuma orang je lain



Tepi pantai ada McDonald's la!



Hanem merangkap penunjuk jalan ke Kuantan



Makan aiskrem pun sempat nak posing ke?



Dah bukan TC tapi kat Dataran Kuantan. Terselit!


P/S: Penat, bosan dan mengantuk seh drive ke Kuantan!

Labels:

Saturday, May 17, 2008

I Can't Be Fired!


Aku ingat lagi, Selasa 13 May aku datang ke office seperti biasa before 8.30 am. Kalau tak ponteng, memang as usual aku tak pernah lewat. Aku buat secawan nescafe dan terus duduk kat warehouse. Rasa bosan nak kerja semakin membuak-buak bila dapat tau dah dapat job baru. Lagi-lagi bila tengok muka mamat naik Vios di pagi yang indah rasa macam menghadapi hari yang mendung je. So, better duduk kat warehouse tengok mesin dan forklift lagi bagus. Siapa dia tue? Oh! Tue adalah makhluk tuhan yang paling bangsat. Ala, just a technician! Cut the crap! Berbalik kepada cerita asal, lepas sarapan aku terus start forklift coz Abang Yunos cakap 34 buah Rodarc 400 nak keluar. So, aku turunkan 10 buah dulu dan buat kerja slow-slow memandangkan baru pukul 9.00 am. Then, tengah buat kerja Joyce Si HR datang kata boss besar, Guerric nak jumpa around 9.15 am. Aik! Si tonjang nak jumpa? Pelik tapi benar. Macam boss tau je aku nak resign. Tadi baru Promega call minta aku datang ambil appoinment letter hari nie. Tapi aku minta delay hari Sabtu. So, after settle bawa turun mesin dan buka kotak aku terus naik tingkat atas. Aku rasa macam something tak kena coz Joyce suruh aku masuk meeting room. Sementara tunggu Guerric datang, aku pening nak fikir apa aku nak bagi alasan untuk resign. Arghhh! Mampos la. Aku kena cakap juga. Aku tak suka kerja sini! Kena buat benda yang aku sangat-sangat tak suka! Dulu kata kerja aku handle bahagian welding. Tapi bila aku datang, kena repair mesin. Nie bukan Welding Engineer la bengong! Nie Maintenance & Service Engineer! Fine! Aku bleh accept kalau part aku bleh handle. Aku try belajar. Tapi kalau part electronic dan electrical, bukan sehari dua bleh belajar!

Then, Guerric masuk dengan muka as usual dan ada pegang something macam letter. Wahh! Maybe akan something yang akan buat aku happy akan berlaku kot. Hopefully la! Then dia membebel apa tah dalam slang English-French. Kira Frenglish la. Aku angguk-angguk buat faham je la. Mata tengah layan stim mengantuk. Belum sempat aku cakap nak resign, dia cakap contract aku akan diterminate coz apa benda tah. Tak faham sangat. Suppose Sales Manager yang bagitau aku. Tapi entah mana dia pergi aku pun tak tau. So, dia minta aku sign satu form. Aku punya la happy coz tak payah nak pening nak cakap kat dia. After bagi check aku pun turun nak kemaskan barang kat meja. Joyce plak tergedek-gedek minta mc semalam aku ambil. Malas nak layan la. Kalau mc aku dibayar balik, aku akan bagi! Just minta tanpa apa-apa, sorry la! Biar dua-dua rugi. Aku tak dapat duit, dia tak dapat buat close. Baru fair! Then aku turun bawah dan kemaskan barang. Tapi sempat berak lagi. Hahahaha. Hajat terakhir kot. Buat apa aku nak buat kerja lagi coz hari nie punya kerja tak dibayar gaji. So, aku buat bodoh je mesin yang aku bawa turun tue. Pandai-pandai la diorang settlekan. Sorry Abang Yunos dan Izwan! Aku berambus dari office around pukul 10.00 am. Mengantuk sangat! Nak balik tidur. Jangan risau la, aku selalu pegang ayat nie "I Can't Be Fired!". Aku sebenarnya tak berapa suka environment kerja kat situ. Kenapa? Selain tak suka scope of work, ada certain orang yang buat aku really-really sick and tire. Siapa? Just mention nickname yang aku bagi kat dia.

Polar Bear
Kenapa polar bear? Sebab muka dia macam polar bear, putih tetapi huduh! Dia nie dulu technician tapi baru naik pangkat jadi salesman. Naik pangkat ke? Who care! Back to the point, dia ada sket kerek sebab dia rasa kononnya dia dah lama kat situ. Lama bodoh mak dia la. Baru 3 tahun lama apa. Tapi, sikap dia yang bossy tue memang aku tak bleh blah. Awal-awal aku masuk pun dah tunjuk malas nak pasang mesin sedangkan semua orang buat. Then yang paling aku tak tahan, sikap suka salahkan orang lain sedangkan salah diri sendiri. Damn bullshit this polar bear la!

Gambir Kambing
Best gak nick aku bagi nie. Kenapa? Gambir sendiri mau tau la apa kegunaan dia. Kambing? sebab tak habis-habis dengan blog kambing dia tue. Tue belum kes main game tembak-tembak itik. Aku pun tak sure position dia. Receptionist? Maybe. Clerk? Also kot. Tukang karut? Lagi la tak berapa sure! Position lu takde kaitan dengan warehouse. So, lu jaga lu punya hal la. Aku buat kerja ke tak kat warehouse apa dia mau sibuk! Lu sibuk dengan game dan kambing lu dah la. Aku pun tak ambil port dengan kau buat. Mau bikin line dengan aku ke? Really sick la dengan perangai dia nie.


Polar Bear? Dari tepi pun dah busuk semacam!

Nie je kot yang aku rasa nak mencarutkan. Bukan aku kata yang lain takde bikin line dengan aku. Tapi tak seteruk dua ekor nie la. Tue belum aku carut kes letak arak dalam gelas aku lagi. Buat jahat fikir umur sket! Then banyak la lagi. Tapi aku betul-betul puas hati dapat ketuk kes ambil mat salleh kat hotel, then bawa ke office. Padahal kalau kira kos, macam kos harian aku pergi kerja. Tapi aku ambil triple. Ok la, malas nak mencarut lagi la. Saje je merapu nie coz aku tau diorang akan baca punya. Siapa yang terkena jangan marah eh! Siapa makan cili dia yang terasa pedas! Fuh! Adios!

P/S: Don't care! Don't mind! Don't know! Donkey!

Labels:

Saturday, May 10, 2008

Al-Fatihah Untuk Tok Ayah!

Al-Fatihah kepada roh,



Allahyarham Ghazali Bin Muhammad
(27 June 1929 - 5 May 2008)

Mengadap Ilahi pada
5 May 2008 1.30 am

Isteri
Sabariah Binti Yusof

Anak
Rohani & Mohamed
Mohd Imran & Wan Sarimah
Saerah & Ibrahim Daud Glick
Muhammad Azhar & Suriati
Azila

Cucu
Mohd Ghafran
Siti Nurulhuda
Siti Farahiah
Siti Farah Wahida
Mohd Khalis
Siti Farhana
Allen Ariff Glick
Siti Athirah
Mohd Khairi
Muhammad Luqman
Siti Asilah
Adam Edward Glick
Siti Najwa Hanani
Mohd Najmi
Mohd Naim
Siti Munirah
Siti Norazmina
Siti Noramanina
Mohd Aisamuddin


P/S: Semoga roh Tok Ayah diletak bersama orang mukmin. Amin!

Labels:

Monday, April 21, 2008

Jom Melawat Melaka!

Lepas settle Majlis Kahwin Kak Long hari tue, on the way ke KL aku dan Ona singgah tenangkan fikiran kat Zoo Melaka dan Taman Buaya. Lama tak lepak kat tempat macam nie coz nak pergi Zoo Negara, tiket mahal sangat plak. Sebenarnya aku memang suka sangat dengan binatang nie. Ona je terpaksa melayan kerenah aku. Best sebenarnya tengok binatang nie coz kalau dia buat jahat pun, for sure kita tau yang dia tue binatang compare to orang yang berperangai macam bintang. Betul tak? Tapi binatang kat Zoo Melaka tak sebanyak kat Zoo Negara. Cuma kawasan dia je yang besar. Taman Buaya lagi la teruk! Dah la harga tiket nak standard macam hari cuti. Then, Ruman Cermin dan Rumah Hantu habis tutup. Nak jimat kos la tue. Buaya pun takde la banyak mana. Kalau ada pun, signboard plak takde. Macam manalah aku nak tau jenis buaya yang ada dalam exibit. Apa diorang ingat semua visitor tau nama buaya ke? Ok la, just tengok gambar kitorang kat sana. Adios!

Zoo Melaka


Rasa nak goreng je burung unta neh!


Dalam area Bird Park


Khalis dan Ona dengan benda apa neh?


Uiks! Jalan slow-slow la sikit!


Alamak! Tak nampak binatang la plak!


Jom pusing-pusing Zoo Melaka


Taman Buaya Melaka


Selamat datang! Jom tengok buaya!


Boleh plak ada gua kat sini


Besar tue Sang Bedal kat sini


Ini dia pemburu buaya datang!


P/S: Baru pusing-pusing dua tempat dah penat gila!

Labels:

Wednesday, April 16, 2008

Wedding Nurulhuda-Sufian!

Selamat pengantin baru aku nak wish kat Kak Long dan Abang Pyan (suppose panggil Abang Long). Semoga berkekalan hingga ke anak cucu!

Majlis Akad Nikah
Pasangan pengantin pakai baju serba putih pada malam akad nikah. Apa yang kelakarnya apabila Tok Kadi yang menikahkan adalah kawan aku sejak kecil lagi, Ustaz Sazali Sarbini. Dengan sekali lafaz je, Kak Long sah menjadi milik Abang Pyan. Alhamdulillah!


Abang Pyan berdebar mengadap Tok Kadi


Cium tangan lama-lama.. Ambil berkat eh?


Gembira sakan dok atas pelamin


Aku dan Ona jadi waiter terhormat


Abang Chik dan Cik Iman Fatihah pun ada la


Posing wajib bagi adik-beradik


Majlis Perkahwinan
Majlis yang dibuat kat Batu Pahat, Johor. Pasangan pengantin pakai baju serba hijau muda. Abang Pyan sampai dalam pukul 2.00 pm sambil diiringi kompang. Aku dan Abang Chik jadi mangsa kena pegang bunga manggar. Seisi menukar barang hantaran, bergambar dan makan beradab habis around pukul 5.00 pm. Habis terbongkang lepas tue!


Tema warna hijau pucuk pisang


Nak sikit.. Suap jangan tak suap!


Abah dan Umi yang sedondon


Ini dia pengapit yang dok bergambar sakan


Lagi sekali posing muka paling hodoh! Buerks!


Majlis Sambut Menantu
Majlis dibuat kat Kuantan, Pahang. Pasangan pengantin pakai baju serba biru muda. Rombongan aku sampai dalam pukul 2.00 pm dan terus seisi bergambar atas pelamin dan makan beradab. Tapi aku makan kat tepi je coz meja sudah penuh. Tapi tak menjadi masalah asalkan majlis berjalan dengan lancar.


Warna biru macam nie lawa la plak


Abah dan Umi pun nak bergambar sakan


Aku dan Ona bersama pengantin kepala pening


Mana boleh lupa posing nie beb!


P/S: Teka-teki anak buah aku yang pertama boy or girl!

Labels:

Saturday, March 29, 2008

My Part Time Job!

Semalam before aku balik kerja, Kak Long ada call dalam keadaan menangis cakap yang dia tak jadi balik Batu Pahat coz kerja berlambak kat office dan maybe tak sempat nak naik bas dalam pukul 10.00 pm. Dia suruh aku burn je tiket Tranasional yang dia minta aku belikan hari tue. Disebabkan rasa kesian, aku dan Ona pun pergilah tempat kitorang beli tiket hari tue kat area Bukit Indah untuk minta tukar tiket ke pukul 11.00 pm. Kebetulan penjual tiket tue tunang kepada jiran Ona. Nasib tak berapa luck coz semua tiket untuk malam tue dah sold out. So, kitorang tak pilihan lain terpaksa turun sendiri ke Pudu untuk cari tiket lain. Cari punyalah cari, akhirnya dapat juga tiket bas Mayang Sari naik pukul 11.30 pm. Mayang pun Mayang la! Janji sampai sudah!


Kak Long dan Ona kat KFC Jalan Pudu

Pada mulanya memang aku niat nak burn je tiket Tranasional tue. Ala, tak sampai RM20 pun. Tapi dah alang-alang kat Pudu, aku try juga tanya kat kaunter Tranasional. Staff Tranasional tue kata aku tak boleh nak jual balik, tapi dia boleh tolong jualkan kalau ada orang yang nak beli. Tapi dengan syarat aku kena stay kat area kaunter Tranasional tue gak. Lama juga kitorang stay kat situ sampai naik bosan dan give-up. Then, aku suruh Ona stay kat situ gak dan aku try usha-usha tanya ada orang nak beli ke tak. Terpaksa juga tebalkan muka tanya-tanya orang coz ada yang pandang slack kat aku macam aku nie ulat tiket je. Pusing punya pusing sampai naik fedup, then aku balik semula ke kaunter Tranasional nak ajak Ona tunggu Kak Long kat Putra Masjid Jamek. Memang aku assume yang takkan ada orang nak beli punya la coz waktu tue dah pukul 9.30 pm dan tiket pukul 10.00 pm.


Sebelum Kak Long naik bas.. Lama nak tunggu!

Baru je kitorang nak melangkah keluar, tiba-tiba staff Tranasional jerit kat kitorang ada orang nak beli tiket tue. Alhamdulillah! Akhirnya ada juga orang nak beli. Berbaloi juga usaha aku. Hahahaha. Harga aku main cincai je. Tak ambil pun yang sen-sen tue. Ada orang nak beli pun aku kira dah bersyukur. Then, dapat je jual aku terus pergi ke Masjid Jamek tunggu Kak Long. Nak pau dia belanja KFC. Perut dah lapar gila nie. Fuh! Tak pasal-pasal buat part-time malam tue.

P/S: Tak sabar nak tengok Kak Long pakai baju pengantin!

Labels:

Friday, March 21, 2008

Cuti Mauludur Rasul!

Cuti Maulidur Rasul ingatkan nak rest je kat rumah coz penat balik Kelantan tengok datuk aku masuk CCU kat HUSM Kubang Kerian tak hilang lagi. Memang la naik flight, tapi penat dia lain plak. Tapi, pagi-pagi lagi Ona dah call aku ajak lepak kat KLCC. Aku kalau tunang tersayang ajak, memang susah nak tolak. Katanya mengidam makan Auntie Anne's Pretzel. Isk, macam orang pregnant plak mengidam nie. Sayang punya pasal, aku pun ikut la berjalan kat KLCC. Kalau tak dia nak naik feeder bus. Lagi la aku tak harap. So, lepas je amik dia aku pun terus lalu ikut elevated highway terus parking kat dalam KLCC. Malas nak parking kat luar. Setakat beza RM1 takde hal punya la. Janji selesa. Lepas parking kat Level P3, aku pun terus tuju kat Auntie Anne's. Tiba-tiba perut pun terasa lapar. Hahahaha. Lepas order special set Pretzel, kitorang pun pergi lepak kat KLCC Park. Nak lepak kat dalam, rimas dengan orang yang ramai plak.


Buang masa kat KLCC Park

On the way ke KLCC Park, tiba-tiba Ona tarik aku katanya nampak someone yang dia kenal. Aku malas nak ambil port sangat coz ingatkan kawan-kawan dia yang mana ntah. Rupa-rupanya dia nampak bf bestfriend dia tengah dok mengenyam dengan perempuan lain. Aku malas nak ambil port juga mula-mula coz bf bestfriend dia tue memang pernah buat muka ketat dengan aku sebelum nie. Babak seterusnya dan selanjutnya tak payah la aku cerita. Cuma aku sendiri hairan kenapa seseorang tue bila dah ada bf or gf yang betul-betul setia sanggup cari sparepart lain?? Tak boleh ke nak setia pada sorang tue je?? Kalau cepat bosan, baik tak payah couple. Memang kita boleh menipu dan berahsia dengan pasangan kita, tapi lambat laun akan kantoi juga. So, kalau betul sayang dan cinta pada pasangan kita, setialah kat dia sampai bila-bila.


Ona yang comel mengidam makan pretzel

Apa yang berlaku pada bf bestfriend Ona tue boleh tahan bergegar juga dunia. Tapi aku dengar dia sanggup bagi peluang terakhir pada bf dia. Korang rasa macam mana?? Tak kisah la, kadang-kadang untuk dapat kesetiaan kita perlu menderita dulu. Aku selalu pegang ayat Ona bagi nie, "Love Like You Have Never Been Hurt". Apa yang berlaku harap jadi pengajaran dan iktibar. Tapi jangan hangat-hangat tahi ayam dah la.

P/S: Aku sayang Noorhana Mohd Tawil ever after!

Labels:

Wednesday, March 19, 2008

Kabinet Kerajaan Malaysia!



Perdana Menteri: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri: Tan Sri Bernard Dompok
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri: Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri: Senator Datuk Zaid Ibrahim
Menteri: Senator Datuk Amirsham A Aziz
Timbalan: Datuk Johari Baharum
Timbalan: Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan: S K Devamany
Timbalan: Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri: Datuk Seri Syed Hamid Albar Syed Jaafar
Timbalan: Datuk Chor Chee Heung
Timbalan: Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II: Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan: Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan: Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri: Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan: Senator A Kohilan Pillay

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan: Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan: Datuk Liew Vui Keong
Timbalan: Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri: Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan: Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri: Datuk Hishammuddin Hussein
Timbalan: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan: Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri: Datuk Mohd Shafie Apdal
Timbalan: Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan: Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri: Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri: Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan: Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri: Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan: Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan: Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan: Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan: Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri: Datuk Noh Omar
Timbalan: Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri: Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri: Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri: Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan: Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri: Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan: Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan: Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh

P/S: Harap dengan wajah baru makin mantap!

Labels: