Saturday, January 01, 2011
Happy New Year 2011

Selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011 yang bakal menjanjikan sesuatu yang lebih pasti iaitu realiti kehidupan! Maknanya umur aku dah bertambah lagi setakuk untuk menghampiri 30. Wahh!! Rambut pun dah bertambah putih. Sepanjang tahun 2010 macam-macam dugaan yang setiap orang dah tempuhi. "Semalam adalah sejarah, hari nie adalah kenyataan dan esok adalah satu harapan". So, apa lagi. Jangan asyik dok berangan macam-macam. Azam aku yang tahun lepas pun still tak 100% achieved. So, untuk tahun nie aku taknak buat azam yang banyak-banyak cuma kalau boleh nak jadi insan yang lebih baik daripada sebelum nie.
Rasanya belum terlambat lagi aku nak ucapkan TAHNIAH kepada team Malaysia yang menjulang Piala Suzuki AFF. Terutama sekali kepada pemain Red Warrior, Khairul Fahmi dan Norshahrul Idlan. Harapan aku pada team ni, jadikan 2010 sebagai titik kebangkitan. Harimau Malaya boleh!!

Kalau diikutkan sebenarnya tahun 2010 bukanlah tahun yang begitu bermakna sangat bagi aku. Just biasa je macam tahun-tahun sudah. Cuma yang bestnya, aku dah beli DSLR Nikon. At least masa lapang, ada juga la aktiviti yang aku boleh buat. Kalau tak asyik terperap tengok tv je.
Sempena menyambut tahun baru, aku berharap tahun 2011 nie dapat membuka satu dimensi yang baru bagi semua orang. Kepada yang berkenaan tu, cuba la jadikan tahun baru nie titik perubahan. Dah kahwin buat cara orang dah kahwin. Jadi buat style chikaro mat rempit yang tak reti hormat orang. Kalau ada perkara buruk tu jadikan sempadan dan pengajaran untuk kebaikan masa depan.









